Sabtu, Jun 19, 2010

Semangat Gotong Royong


Semua penduduk kampung, tak kira peringkat umur sama-sama bergotong royong menjayakan majlis perkahwinan anak lelaki En Basri dari Rumah Rakyat Gemencheh Lama.

Majlis "Berkampong" bermula pada 17.06.2010 dengan beramai-ramai mendirikan kemah hinggalah pada 18.06.2010 bersama-sama pula menyiang daging lembu dan ayam. Menyediakan masakan untuk majlis malamnya.

Majlis Tahlil dan Bercukur Rambut cucu perempuan di buat pada malamnya selepas solat Maghrib.

Majlis "Lansung" pada 19.06.2010 meriah dengan kehadiran sanak saudara, sahabat handai dan juga penduduk kampung.

Semoga tradisi ini akan kekal lebih lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan