Khamis, Disember 30, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERALATAN SEKOLAH


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERALATAN SEKOLAH
ANJURAN KRT PEKAN GEMENCHEH LAMA
TELAH DIADAKAN
PADA 30.12.2010 (KHAMIS)
JAM 3.00 PETANG
BERTEMPAT DI BALAIRAYA GEMENCHEH LAMA.


MAJLIS PERASMIAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH
YB DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ
ADUN KAWASAN GEMENCHEH



SERAMAI 50 ORANG PELAJAR
DARI BERBAGAI KAUM
TELAH MENERIMA SUMBANG TERSEBUT.

Khamis, November 11, 2010

PERJUMPAAN BERSAMA JPAM


PERJUMPAAN BERSAMA JABATAN PERTAHANAN AWAM DENGAN PENDUDUK KAMPUNG TELAH DIADAKAN DIBALAIRAYA KAMPUNG GEMENCHEH LAMA PADA 10.11.2010.

PASUKAN JABATAN PERTAHANAN AWAM TAMPIN MERUPAKAN BAPA ANGKAT KEPADA KAMPUNG GEMENCHEH LAMA.

SELAIN PERTEMUAN INI, PIHAK JPA JUGA TELAH MENGADAKAN PAMERAN MENGENAI JABATAN PERTAHANAN AWAM. DIDALAM PAMERAN TERSEBUT TELAH DIPAMERKAN PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS, PEKAKAS YANG DIGUNAKAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PASUKAN TERSEBUT.

DIPAMERAN ITU JUGA TELAH DIPAMERKAN BEBERAPA EKOR ULAR YANG TELAH MEREKA TANGKAP SEBELUM INI. ANTARA ULAR-ULAR BERKENAAN ADALAH ULAR SAWA, TEDUNG SELAR DAN ULAR KAPAK.

Rabu, September 22, 2010

KEBAKARAN DI BAZAR MARA GEMENCHEH LAMA


SATU KEMALANGAN KEBAKARAN YANG TIDAK DI INGINI OLEH SEMUA PIHAK TELAH BERLAKU KEDAI NO 3, BAZAR MARA GEMENCHEH LAMA. PADA SUBUH 20.09.2010


KEBAKARAN MULA DISEDARI OLEH BEBERAPA ANAK MUDA TIDAK JAUH DARI KEDAI BERKENAAN. IA MULA DISEDARI KIRA-KIRA JAM 2.15 PAGI. ORANG RAMAI DATANG MEMBERI PERTOLONGAN DENGAN MENYIRAM AIR DARI RUMAH BERDEKATAN DAN DARI KEDAI NO 1.


PIHAK BOMBA DENGAN DUA UNIT KENDERAAN SATU DARI GEMAS DAN SATU DARI TAMPIN TIBA KIRA-KIRA PUKUL 3.10 PAGI DAN BERJAYA MENGAWAL KEBAKARAN SETENGAH JAM KEMUDIAN DARIPADA MEREBAK KE KEDAI BERSEBELAHAN.


PEMILIK KEDAI PUAN FAUZIAH MENGANGGARKAN KERUGIAN BERJUMLAH RM50,000.00. PUNCA SEBENAR KEJADIAN BELUM DAPAT DIKENAL PASTI.

PERJUMPAAN DAN JAMUAN HARI RAYA


MAJLIS PERJUMPAAN DAN JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT KAMPUNG GEMENCHEH LAMA TELAH DIADAKAN PADA 19.09.2010 DI BALAIRAYA GEMENCHEH LAMA. MAJLIS BERMULA JAM 3.00 PETANG.

PENDUDUK KAMPUNG BERBILANG KAUM TELAH SAMA HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT.

MAJLIS TERSEBUT JUGA TURUT DIHADIRI OLEH ADUN GEMENCHEH DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ DAN DATIN.

SEMOGA PERJUMPAAN SEPERTI INI AKAN MENGERATKAN LAGI SILATULRAHIM SESAMA PENDUDUK SETEMPAT.